Tuesday 14 February 2012

Kanak-kanak : belajar dulu dan belajar sekarang.


Dulu ahli pendidikan kata perkembangan anak-anak membesar ikut umur akal dan umur tahun yang berperingkat-peringkat, ada tahap-tahap. Anak-anak akan berinteraksi dengan alam keliling dan memperolehi kemahiran-kemahiran tertentu dari pengalaman yang diperolehinya.
Tapi sekarang adakah didapati perkembangan anak-anak  mengikut tahap seperti yang disebut oleh mereka?
Kalau kita lihat sekarang terdapat ramai kanak-kanak yang melompat tahap. Belum masuk tadika sudah mengenal huruf dan tidak kurang yang masih tadika sudah pandai membaca. Ini belum lagi kemahiran lain seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran psikomotor dan sebagainya.
Dalam kekuatan kemahiran seperti ini adakah patut kita pertingkatkan silibus mata pelajaran di sekolah? Mata pelajaran matematik misalnya. Matematik Tambahan mula diajar di Tingkatan 4. Mungkin kita boleh ubah , subjek tersebut mula diajar di Tingkatan 1. Jadi streaming sudah boleh dimulakan diawal Tingkatan 1 lagi.
Jom kita fikirkan.....

1 comment:

  1. Begitu lah senario pendidikan sekarang. Ramai yang berusaha mempertingkatkan keupayaan diri dengan pelbahai cara. Tapi, sayangnya, tumpuan selalu diberikan kepada aspek kognitif sahaja. Aspek psikomotor sering dikesampingkan. Takut nanti anak-anak kita lahir sebagai insan yang tidak seimbang! Belajar-belajar jugak, main jangan lupa!.

    ReplyDelete