Sunday 14 October 2012

SOLAT TAUBAT



Sebagai manusia, setiap hari kita melakukan dosa. tak kiralah samada dosa kering atau dosa basah. Walau bagaimanapun Allah sentiasa menerima permohonan keampunan dan taubat dari kita. Oleh yang demikian sentiasalah kita memohon keampunan dan taubat agar timbangan pahala amal kita lebih berat dari timbangan amal dosa. Salah satu cara untuk mengarah diri kita supaya sentiasa memohon taubat dan keampunan ialah sentiasa berkata dalam hati 'Ya Allah. aku nak masuk syurgamu'. Selalu berkata demikian dalam hati akan mendekatkan diri kita kepada Allah dan sentiasa teringat untuk sujud memohon taubat dan keampunan. Oleh yang demikian saya menyeru diri saya dan pengunjung sekalian untuk selalu solat sunat taubat.

Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.
Fadhilat Taubat:
.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.
CARA SOLAT TAUBAT
.
1.  Niat Solat Sunat Taubat:
               .
2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua    :   Surah Al-Ikhlas
.
3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar:
a.
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”

Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
b.
As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c.  Baca 3 Kali Penghulu Istighfar:

“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu,a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”

Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
5.  Baca Doa Taubat

.
DOA DI BAWAH LEBIH JELAS !
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak). Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaankubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.  Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran.Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya. Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku.  Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.  Ya Allah, Ya Tuhanku!  Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

Wednesday 15 February 2012

Aktiviti Jabatan Matematik di Penang

Pada 27 , 28 dan 29 Disember 2011, semua pensyarah Jabatan Matematik telah terbang ke Pulau Pinang menaiki Air-Asia untuk berkampong selama 3 hari di sana. Selain dari bermesyuarat, kami mendapat input berkaitan KSSR dari Tn Hj Nordin dan Pn Raha. En Narmal dan En Chew tidak ketinggalan memberi sumbangan/input berkaitan decision maths. Kami juga berkesempatan melawat ke Pusat Sumber RECSAM-SEAMEO.  







Tuesday 14 February 2012

Kanak-kanak : belajar dulu dan belajar sekarang.


Dulu ahli pendidikan kata perkembangan anak-anak membesar ikut umur akal dan umur tahun yang berperingkat-peringkat, ada tahap-tahap. Anak-anak akan berinteraksi dengan alam keliling dan memperolehi kemahiran-kemahiran tertentu dari pengalaman yang diperolehinya.
Tapi sekarang adakah didapati perkembangan anak-anak  mengikut tahap seperti yang disebut oleh mereka?
Kalau kita lihat sekarang terdapat ramai kanak-kanak yang melompat tahap. Belum masuk tadika sudah mengenal huruf dan tidak kurang yang masih tadika sudah pandai membaca. Ini belum lagi kemahiran lain seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran psikomotor dan sebagainya.
Dalam kekuatan kemahiran seperti ini adakah patut kita pertingkatkan silibus mata pelajaran di sekolah? Mata pelajaran matematik misalnya. Matematik Tambahan mula diajar di Tingkatan 4. Mungkin kita boleh ubah , subjek tersebut mula diajar di Tingkatan 1. Jadi streaming sudah boleh dimulakan diawal Tingkatan 1 lagi.
Jom kita fikirkan.....

kongsi pengalaman

15 Feb 2012
Ini hari pertama saya mula mengenal dan membina blog. Ini hari pertama juga saya menjadi blogger.
Sebelum ini ramai orang kata, blogger adalah orang yang memanfaatkan ict. Jadi saya mau menjadi salah seorang daripadanya. Kepada blogger yang lain kongsikanlah ilmu dan pengalaman anda untuk manfaat bersama.